01 January 2012

Tuntutan Perkahwinan

Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.


" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan ".

[ Hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW ]



Justeru itulah, Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya khususnya insan ini, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dab seterusnya berkeluarga.


Hidup berkeluarga pada dasarnya, lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.


Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf memalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rumahtangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.


Seandainya suasana sesebuah rumahtangga itu aman bahagia dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain akan tentan dan sejahtera pula masyarakat, begitulah pula sebaliknya.



Firman Allah SWT :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. ( surah al-Rum : 21 )





Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerunsingan yang melanda hati sanubari setiap individu.

No comments:

Post a Comment

Share |