03 January 2012

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki



Ia terbahagi kepada lima dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja :

  • Wajib Berkahwin
    Sekirannya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar "mahar" (mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtunan nafsu yang kuat juka tidak kahwin.


    • Sunat Berkahwin
    Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.


    • Harus Berkahwin
    Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.


    • Makruh Berkahwin
      Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Disamping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.


      • Haram Berkahwin
      Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya isterinya.



      Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus

      02 January 2012

      Rahsia Perkahwinan

      • Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman SWT  makdudnya : 


       " Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. "
      (surah al-Ra'ad : 38 ) 


      •  Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula 'zuriat keturunan' yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

        •  Perkahwinan dianggap sebagai yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai. Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud :


        " Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya.
        Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi ".



        • Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu menikul tanggaungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW maksudnya : 


        " Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku. "


        • Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya :   


        " Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat). " 


        • Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

          • Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.


          01 January 2012

          Tuntutan Perkahwinan

          Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.


          " Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan ".

          [ Hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW ]



          Justeru itulah, Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya khususnya insan ini, fitrahnya suka kepada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dab seterusnya berkeluarga.


          Hidup berkeluarga pada dasarnya, lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.


          Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf memalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rumahtangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.


          Seandainya suasana sesebuah rumahtangga itu aman bahagia dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain akan tentan dan sejahtera pula masyarakat, begitulah pula sebaliknya.



          Firman Allah SWT :

          وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً

          Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. ( surah al-Rum : 21 )





          Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerunsingan yang melanda hati sanubari setiap individu.
          Share |