02 January 2012

Rahsia Perkahwinan

  • Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman SWT  makdudnya : 


 " Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. "
(surah al-Ra'ad : 38 ) 


  •  Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula 'zuriat keturunan' yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

    •  Perkahwinan dianggap sebagai yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai. Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud :


    " Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya.
    Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi ".



    • Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu menikul tanggaungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW maksudnya : 


    " Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku. "


    • Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya :   


    " Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat). " 


    • Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

      • Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.


      No comments:

      Post a Comment

      Share |